Cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dalam pembangunan sistem bersepadu bagi mewujudkan jaminan jaringan sosial rakyat.<br /><br />Rata-rata golongan sasar termasuk golongan ibu tunggal yang ditemui di salah sebuah persatuan ibu tunggal di Petaling Jaya menyambut baik syor tersebut.<br /><br />Antara lain, syor MPN itu disifatkan selaras dengan peningkatan insentif sebanyak RM1,000 setiap bulan berbanding RM300 sebelumnya yang diberikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM.
